UNTUK KITA KITA AJER

Jumaat, 18 Mac 2011

NI LAH SEKSA YANG AQ TGH TANGGUNG SKRG NI...ALAHAIII....SABO JER LAH....

Batu Dalam Hempedu

Salah anggap batu dalam hempedu

SEKIRANYA anda sering mengalami sakit belakang atau dikatakan menghidap apendiks tetapi tidak sembuh walaupun berulang kali berjumpa doktor, bermakna anda harus berwaspada kerana ia mungkin petanda penyakit pundi hempedu.

Masalah batu Ini adalah penyakit lazim yang tidak disedari kerana ia tidak mempunyai simptom khusus dan sering disalah anggap sebagai gastrik. Hampir 30 peratus penghidap batu hempedu tidak berasa sakit.

Penasihat Pembedahan Hepatopancreatobiliary dan Laparoscopy, Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Haron Ahmad berkata masalah sakit belakang kronik yang dialami wanita selepas bersalin mempunyai kaitan rapat dengan perubahan hormon menyebabkan ligamen pemegang tulang belakang menjadi longgar dan boleh luka jika bergerak lasak.

Sakit belakang juga diakibatkan masalah prolaps cakera intervetebra iaitu cakera yang menjadi kusyen di antara tulang belakang pecah dan cecair yang keluar boleh merengsakan saraf. Masalah ini lazimnya dialami golongan muda kerana posisi badan yang tidak betul ketika mengangkat barang berat.

Punca ketiga disebabkan penyakit lain seperti penyakit organ dalam abdomen seperti buah pinggang, kilang pankreas dan pundi hempedu.

Pemeriksaan

Jika masalah disebabkan oleh pundi hempedu, pesakit akan merasai sakit pada bahagian tengah belakang. Pesakit gastrik yang berpanjangan dinasihat menjalani pemeriksaan ultrasound masalah batu hempedu sering disalah anggap sebagai gastrik.

Cecair Hempedu yang dihasilkan oleh hati berfungsi membantu menghadamkan kemasukan lemak daripada usus ke dalam saluran darah. Cecair yang dihasilkan ini akan disimpan dalam pundi hempedu untuk dipekatkan dan hanya dipam keluar apabila diperlukan.

Rasa sakit apabila ketulan batu yang terbentuk di dalamnya tersekat pada leher pundi hempedu atau saluran sistik dan menghalang aliran cecair hempedu. Gerakan pundi hempedu yang cuba menolak batu keluar menyebabkan rasa sakit memulas.

Batu hempedu boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu batu pigmen,

kolesterol, kalsium bilirubinat dan batu campuran. Batu pigmen berwarna hitam dan coklat manakala batu kolesterol yang berwarna putih biasanya dihidapi pesakit yang mengamalkan pemakanan berkolesterol tinggi.

Batu hempedu boleh terbentuk akibat amalan pemakanan yang pemakanan kaya lemak dan kolesterol. Golongan berisiko biasanya membabitkan wanita gemuk berumur 40 tahun ke atas. Bagaimana pun ia juga boleh berlaku di kalangan remaja yang disebabkan masalah penyakit berkaitan darah.

Menurut Dr Haron, pembentukan batu hempedu juga boleh disebabkan jangkitan kuman pada hempedu, penyakit yang membabitkan hati seperti sirosis, paras kalsium tinggi di dalam badan dan penyakit darah.

Kegagalan pundi hempedu berfungsi dengan sempurna dan tidak boleh mengepam keluar semua cecair hempedu pada satu-satu masa juga menyumbang kepada masalah ini. Baki cecair hempedu yang tertinggal akan menjadi semakin pekat dan membentuk kristal sehingga akhirnya menjadi batu kecil.

Malah, golongan yang ingin menurunkan berat badan sama ada mengambil pil kurus atau diet mendadak juga mempunyai risiko tinggi mengalami masalah batu pundi hempedu.

Kata Dr Haron, warna batu bergantung kepada punca dan saiz bukan penentu rasa sakit kerana walaupun halus seperti pasir tetapi ia boleh mendatangkan masalah apabila ia menyekat aliran.

Ada kala, batu melekat pada leher pundi hempedu akan menyebabkan komplikasi iaitu peradangan pundi hempedu dan bengkak. Bahayanya, jika radang ini berterusan menyebabkan jangkitan dan kandungan pundi hempedu menjadi bernanah dan boleh membawa maut sekiranya ia pecah.

Jangkitan

Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, badan masih boleh mengawal pundi hempedu daripada terkena jangkitan walaupun lehernya tersumbat dan keadaan ini dipanggil mucocoele pundi hempedu.

Apabila batu hempedu ini terjatuh ke dalam saluran hempedu ia boleh menyebabkan orang dewasa mendapat demam kuning dan akut pankreatitis.



Rawatan

Masalah batu hempedu boleh diatasi melalui dua cara iaitu mengambil ubat khas bagi mengganggu keseimbangan pembentukan batu hempedu (kurang praktikal dan ia perlu diamalkan sepanjang hayat).

Kaedah ini hanya berkesan sekiranya saiz batu adalah kecil dan terbentuk daripada kolesterol. Kesan pengambilan ubat; pesakit akan mengalami cirit birit selama sekurang-kurangnya enam bulan. Kelemahannya masalah ini boleh berulang semula jika pengambilan ubat terhenti.

Cara kedua adalah melalui pembedahan pembuangan pundi hempedu secara terbuka atau pembedahan lubang kunci (laparoscopy) iaitu bagi penyakit batu hempedu yang tidak kronik. Teknologi perubatan moden membenarkan pembedahan kecil dilakukan tanpa meninggalkan parut besar pada perut. Pembedahan hanya dilakukan apabila timbul rasa sakit dan berlaku komplikasi.

Pembuangan pundi hempedu tidak memberi kesan sampingan kepada pesakit kerana ia hanyalah tempat menyimpan cecair hempedu. Pesakit yang sudah menjalani pembuangan pundi hempedu kadang kala boleh mengalami masalah najis cair (berlaku jika makan terlalu banyak dan pengeluaran cecair hempedu tidak mencukupi ketika itu) tetapi badan boleh mengadaptasi dengan keadaan ini.

Kata Dr Haron, masalah batu hempedu boleh dikawal dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan selalu bersenam.

Tiada ulasan: