UNTUK KITA KITA AJER

Ahad, 20 Mac 2011

NI LAH SEKSA YANG AQ TGH TANGGUNG SKRG NI...ALAHAIII....SABO JER LAH....part 4

APENDIKS

Apa itu apendiks?


Apendisitis yang teruk merupakan radang apendiks. Ia merupakan salah satu pembedahan kecemasan yang paling lazim dilihat. Ia boleh berlaku pada sebarang usia tetapi ia paling lazim di antara usia 10 dan 30 tahun.

Apakah yang menyebabkan apendisitis yang teruk?

Apendisitis yang teruk disebabkan oleh halangan lumen (rerongga) apendiks. Sebab yang paling lazim ialah 'faecolith' (cebisan kecil najis). Ia juga boleh disebabkan oleh tumbuhan atau bengkak di tisu limfoid, walaupun ia jarang sekali berlaku.

Apabila dihalang, tekanan di dalam apendiks meningkat dan memotong bekalan darah. Ini mengakibatkan pengulseran, jangkitan bakteria dan akhir sekali, gangren dan apendiks terkoyak.



“Faecolith” menghalang lumen
Apendik yang terhalang menyebabkan jangkitan
Bakteria yang akan meningkatkan tekanan

Apakah gejalanya?

Secara klasik, kesakitan bermula sebagai kejang di bahagian tengah abdomen dan dengan peredaran masa, bergerak ke bahagian kanan. Demam, sejuk, ,menggigil, kelihangan selera makan, muntah-muntah dan kadang-kala diikuti dengan ceret beret.

Walau bagaimanapun, pesakit di bawah usia 5 tahun dan melebihi 50 tahun mungkin mengalami gejala yang berbeza daripada penerangan di atas. Ini mungkin membawa masalah kepada diagnosis.


Bagaimana doktor anda mendiagnos apendisitis yang teruk?


Doktor anda akan mengdiagnos apendisitis dengan :

  • Mengambil sejarah klinikal yang menyeluruh
  • Melakukan pemeriksaan klinikal yang teliti - memeriksa abdomen anda bagi nyeri dan ketegangan otot
  • Melakukan penyemakan kerap ke atas keadaan klinikal anda

Kajian di seluruh dunia telah menunjukkan bahawa kebanyakan faktor penting di dalam diagnosis apendisitis teruk terletak kepada penilaian klinikal ke atas pesakit.

Apakah komplikasi apendisitis yang teruk?


Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).


Apakah rawatan apendisitis yang teruk?


Apendisitis yang teruk dirawat secara pembedahan dengan membuang apendisitis yang radang dan membersihkan sebarang cecair yang dijangkiti di dalam abdomen. Prosedur ini dikenali sebagai apendisektomi. Antibiotik intavena umumnya diberikan sebaik saja apendisitis yang teruk didiagnos.

Bagaimana apendisektomi dilakukan?

Di bawah bius umum, insisi sepanjang 6 cm dibuat melalui kulit dan otot-otot di bahagian bawah kanan abdomen. Apendik dibuang melalui insisi tersebut. Insisi abdomen kemudiannya ditutup.

Sebagai alternatif, cara laparoskopi mungkin digunakan di dalam situasi-situasi terpilih. Cara ini memerlukan lebih kurang 3 hingga 4 insisi kecil di mana apendiks dibuang menggunakan laparoskop (alat khas).

Bagaimana saya membuat persediaan untuk pembedahan?


Di Jabatan A&E

  • Doktior anda akan menanyakan anda tentang sejarah perubatan anda.
  • Darah dan air kencing anda mungkin diambil untuk ujian bagi memeriksa kehadiran jangkitan dan untuk mengecualikan penyakit-penyakit atau keadaan lain.
  • Jika anda berusia 40 tahun dan ke atas, perkara yang berikut mungkin dilakukan bagi memastikan bahawa anda sihat untuk pembedahan:
    1. Elektrokardiogram (ECG)
    2. X-ray dada
  • Jururawat akan menerangkan secara ringkas tentang perkara berikut:
    1. Anggaran tempoh anda akan berada di hospital
    2. Anggaran jumlah bil hospital anda

Pada Hari Masuk ke Hospital/Pembedahan

  • Setelah anda tiba di wad, jururawat akan membantu anda untuk menyesuaikan diri dan akan memeriksa berat badan dan suhu, nadi, kadar respiratori serta tekanan darah anda.
  • Doktor anda akan menanyakan anda tentang sejarah perubatan anda dan memeriksa anda.
  • Anda akan diminta untuk berpuasa dan infusi intravena akan diberikan seperti yang diarah oleh doktor.
  • Anda mungkin akan diperiksa berulang kali sebelum diagnosis tersebut disahkan.
  • Sebaik saja diagnosis apendisitis yang teruk dibuat, doktor akan menerangkan kepada anda rancangan rawatan dan tentang pembedahan anda serta komplikasinya.
  • Anda akan diberikan antibiotik intravena.
  • Darah anda mungkin akan diambil untuk ujian jika ia belum dilakukan lagi di Jabatan A&E
  • Jururawat akan menyediakan anda dengan maklumat berikut:
    • Apa yang boleh dijangka apabila anda berada di bilik pembedahan
    • Apa yang boleh dijangka apabila anda sedar daripada pembedahan anda
  • Serahkan sebarang barang berharga kepada jururawat atau sanak saudara anda untuk disimpan sebelum pembedahan.
  • Anda akan diminta untuk menukar kepada gaun hospital sebelum memasuki bilik pembedahan.
  • Anda akan ditemani oleh seorang jururawat ke bilik pembedahan.
  • Jururawat bilik pembedahan akan memeriksa nama dan butir-butir anda.
  • Selepas pembedahan, anda akan diawasi dengan teliti di bilik pemulihan Bilik Pembedahan. Jika tidak terdapat komplikasi segera selepas pembedahan, seperti pendarahan atau masalah respiratori, anda akan kembali ke wad untuk pengawasan rapi.
  • Anda mungkin akan muntah selepas pembedahan disebabkan oleh kesan sampingan bius atau merasa sakit sedikit di tempat pembedahan. Jika anda mengalami sebarang gejala ini, beritahu jururawat anda. Beliau akan memberi anda suntikan untuk membuat anda merasa lebih selesa.
  • Sekiranya anda perlu batuk atau duduk, bongkok sedikit dan pegang tempat pembedahan anda dengan perlahan. Ini akan membantu mengurangkan sakit tersebut.
  • Doktor anda akan menilai kehadiran bunyi usus dengan mendengar abdomen anda. Ini bagi menilai samada anda sudah bersedia untuk mengambil sebarang cecair.


Hari selepas Pembedahan

  • Doktor anda akan datang dan memeriksa fungsi biasa tali perut anda dan tempat pembedahan bagi sebarang komplikasi.
  • Anda boleh mula mengambil cecair dan secara beransur-ansur maju kepada bubur atau nasi berdasarkan penilaian doktor anda.
  • Titisan intravena anda mungkin akan dihentikan sekiranya anda boleh mengambil cecair dengan baik.
  • Berjalan adalah penting bagi pemulihan yang pantas. Anda digalakkan untuk duduk dan berjalan-jalan dekat.
  • Anda dinasihatkan supaya tidak membawa barang berat atau melakukan tugas berat kerana ini boleh membebankan otot-otot anda di sekeliling tempat pembedahan. Walau bagaimanapun anda digalakkan untuk terus bersenam ringan.
  • Jururawat anda akan mengajar anda bagaimana untuk menjaga luka anda dan untuk mengawasi tanda-tanda jangkitan luka seperti kemerahan dan bengkak.

Pada Hari Keluar dari Hospital

  • Anda boleh dibenarkan pulang jika anda sudah boleh makan dengan baik dan tempat pembedahan tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan.
  • Jika anda memerlukan jahitan anda ditanggalkan, jururawat anda akan memaklumkan kepada anda tentang tarikh untuk melakukannya. Jika anda ingin melakukannya di poliklinik atau GP, sila bawa berasama surat keluar anda.
  • Apabila anda sudah bersedia untuk pulang ke rumah, doktor anda akan menyarankan kepada anda ubat-ubat yang anda perlukan. Ahli farmasi atau jururawat anda akan mengarah anda tentang bagaimana untuk mengambil ubat-ubat tersebut. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada doktor atau jururawat anda.
  • Jururawat anda akan memberi anda surat keluar, sijil perubatan dan tarikh temujanji untuk berjumpa doktor sebelum anda meninggalkan hospital.
Apa yang boleh saya jangkakan berikutan apendisektomi?


Berikutan pembedahan bagi apendisitis yang teruk, usus mungkin akan bergerak lebih perlahan daripada biasa. Ini berlaku terutama sekali pada apendisitis yang menembus. Doktor anda akan memeriksa fungsi usus anda setiap hari dan akan merancang bila dan apa yang boleh anda makan atau minum. Biasanya, anda akan diberi cecair dahulu dan maju kepada pemakanan yang lembut. Ini mungkin mengambil 2 hingga 5 hari selepas pembedahan. Ia mungkin mengambil masa yang lebih lama di dalam kes-kes yang rumit.

Doktor anda akan memeriksa anda semula di Klinik Pakar (SC) 2 hingga 3 minggu selepas anda keluar dari hospital. Sebelum pemeriksaan ini, anda akan diberi cuti hospital untuk berehat di rumah.

Apa yang harus saya lakukan semasa tempoh pemulihan?


Aktiviti-aktiviti biasa boleh dimulakan 6 minggu selepas meninggalkan hospital.

Soalan-soalan yang kerap ditanya


Apakah risisko-risisko apendisektomi?
Seperti sebarang pembedahan, risiko yang dikaitkan dengan apendisektomi termasuk:

  • pendarahan
  • jangkitan
  • reaksi kepada ubat-ubatan


Apakah komplikasi-komplikasi apendisektomi?

Komplikasi apendisektomi yang paling lazim ialah jangkitan pada luka. Jangkitan seperti ini berbeza daripada jangkitan luaran yang hanya memerlukan pembalutan luka setiap hari; kepada jangkitan dalaman yang memerlukan pembedahan.

Satu lagi komplikasi ialah abses, pengumpulan nanah di kawasan apendiks. Ini memerlukan pengeluaran abses tersebut.

Komplikasi ketiga ialah usus yang terhalang. Ini menyebabkan usu berisi cecair dan gas. Apabila ini berlaku, ia mungkin perlu untuk mengeluarkan kandungan usus melalui tiub yang dimasukkan melalui hidung dan esofagus, dan ke dalam perut. Di dalam kebanyakan kes, keadaan ini dapat diselesaikan secara spontan. Sekali-sekala, satu lagi pembedahan mungkin diperlukan untuk membebaskan halangan tersebut


Apa yang berlaku jika apendiks yang radang tidak dibuang?

Apendisitis yang teruk boleh mengakibatkan apendiks pecah (penembusan) dan jangkitan boleh merebak ke seluruh ruang abdomen (peritonitis). Apendisitis yang teruk jika tidak dirawat boleh membawa maut.

Apa yang berlaku jika apendiks ditemui berkeadaan biasa semasa pembedahan?

Sekali-sekala. Seorang pesakit menjalani pembedahan dengan diagnosis apendisitis yang teruk tetapi apendiksnya didapati berkeadan biasa. Sejarah klinikal, pemeriksaan fisikal dan hasil ujian makmal menunjukkan apendisitis yang teruk dan pakar bedah yakin akan kehadiran apendisitis yang teruk. Walau bagaimanapun, apabila pembedahan dilakukan, apendiks didapati berkeadaan biasa. Di dalam situasi ini, pakar bedah mesti menimbangkan dan mencari sebab-sebab lain bagi masalah pesakit yang boleh menyerupai apendisitis. Walaupun apendiks didapati berkeadaan biasa, ia biasanya dibuang untuk mencegah apendisitis pada masa akan datang.

Bila saya boleh memandu kereta?

Anda boleh mula memandu semula apabila anda boleh menekan pedal kaki tanpa menyebabkan kesakitan yang amat sangat atau apabila anda tidak memerlukan ubat melega kesakitan yang membuat anda mengantuk.

Bila saya boleh memulakan kerja?

Kebanyakan pesakit mengambil sehingga 14 hari bekerja untuk pulih selepas apendisektomi. Pesakit, yang mana tugas mereka memerlukan kerja berat atau kerap mengangkat barang, mungkin perlu berehat lebih lama. Rujuk kepada pakar bedah anda untuk arahan khusus.

Bila saya perlu berjumpa doktor?

Rujuk kepada doktor anda jika sebarang perkara berikut berlaku:

  • suhu badan melebihi 38C
  • berdarah atau pengeluaran cecair daripada insisi
  • luka yang bertambah nyeri atau sakit
  • kemerahan atau bengkak yang ketara di tempat insisi, atau
  • loya, muntah-muntah, ceret-beret atau sembelit yang berterusan.


Jumaat, 18 Mac 2011

NI LAH SEKSA YANG AQ TGH TANGGUNG SKRG NI...ALAHAIII....SABO JER LAH....part 3

TEKANAN DARAH RENDAH

Tekanan Darah: Berapa Rendahkah yang dikatakan Rendah?

Tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda mungkin normal seseorang individu lain. Kebanyakan doktor mendiagnos tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan simptom-simptom yang dapat anda rasai.

Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.

Tekanan Darah Rendah = Tekanan darah <>

Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.

Cth: 115 50 = tekanan darah rendah @ 85 / 70 = tekanan darah rendah

(normal) (rendah) (rendah) (normal)

Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup

Tekanan darah rendah boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

v Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak 5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.

v Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung, serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

v Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti Ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

v Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing) dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.

Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.

v Kehilangan Darah:Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.

v Jangkitan yang teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.

v Tindak balas alahan yang teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan,sesetengah ubat,bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,pembengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.

v Kurang zat dalam diet anda: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.

Ubat-ubatan yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Rendah

v Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.

v Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)

v Beta-blockers (ubat darah tinggi)

v Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson

v Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)

v Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin (sejenis ubat jantung)

Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:

v Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)

Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan kadangkala menyebabkan pitam.

v Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).

Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.

Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah

v Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.

v Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).

v Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.

v Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.

v Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.

v Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.

Ubat-ubatan untuk Tekanan Darah Rendah

v Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.

v Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Orang selalu berbicara tentang TEKANAN DARAH TINGGI... ;D

Tapi berbeza dengan saya. Saya mengalami TEKANAN DARAH RENDAH atau Hipotensis (betul ke? Jika salah bakal doktor kita drazizi minta perbetulkan) ;D

Bagi yang mengalami TEKANAN DARAH RENDAH artikel ini mungkin boleh membantu secara tidak langsung

Tekanan darah rendah (Hipotensi) Lebih Susah Diubati Tekanan darah rendah (hipotensi) biasanya akan diambil perhatian apabila sudah menimbulkan gejala atau gangguan kepada pengidapnya. Contohnya, pesakit merasa pitam lalu jatuh, atau boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Berlawanan dengan hipertensi (tekanan darah tinggi), hipotensi merupakan keadaan dimana tekanan darah yang tidak normal kerana tekanan yang terlalu rendah. Walaupun kedua-duanya tidak normal, namun ia biasanya tidak diberi perhatian berbanding hipertensi.

Jauh lebih mudah menurunkan tekanan darah tinggi kerana ubatnya mudah diperolehi. Sementara untuk menaikkan tekanan darah rendah lebih sukar dan hampir tiada ubatnya.

Walaupun demikian, tekanan darah rendah tidak pernah sampai membahayakan atau menyebabkab gangguan kesihatan yg kronik. Oleh kerana itulah hipotensi tidak menyebabkan org ramai merasa bimbang mengenainya, malah ia biasanya tidak dipedulikan.

Tekanan Darah Yang Normal

Seseorang dikatakan bertekanan darah rendah apabila tekanan darah kurang dari 90/60 mmHg. Menurut Badan Kesihatan Dunia WHO yang penting ia tidak boleh rendah dari 50mmHg. Jika sekiranya ini terjadi, aliran darah koroner jantung akan berkurang dan berisiko menyebabkan serangan jantung.

Kerana arteri koroner yang terletak di celah2 otot jantung ia akan mengembang dan bekerja waktu semasa fasa diastolei, jika aliran darahnya berkurang boleh menyebabkan serangan jantung.

Ramai dikalangan pesakit mengalami tekanan darah rendah pada hampir sepanjang hidupnya. Namun kerana tidak menunjukan sebarang tanda, maka ia dianggap normal oleh kebanyakan kita. Sementara bagi sesetgh org, turunya tekanan darah memerlukan pengambilan ubat. Hipotesis di anggap sebagai gangguan kesihatan hanya apabila menyebabkan gejala pening, pitam atau pengsan.

Tekanan darah kita berubah-ubah sepanjang hari. Menurun ketika kita tidur dan naik saat kita bangun. Ia boleh meningkat ketika kita sedang cemas, aktif, atau merasa sangat gembira.

Sebenarnya tubuh kita sangat sensitif terhadap perubahan tekanan darah tersebut. Sel-sel khusus di dalam arteri yang disebut baroretor, dapat merasakan ketika tekanan darah kita mulai naik mahupun turun. Apabila sel ini merasakan tekanan darah sedang naik atau turun ia akan mengeluarkan tanda yang membuat seluruh tubuh bertindakbalas dan membawa darah kembali kepada keadaan normal.Contohnya jika anda berdiri secara tiba2semasa sedang duduk, bororestor akan merasakan tekanan darah anda turun ia naik semula dan akan segera bertindak balas meyakinkan darah boleh mengalir ke otak, ginjal dan organ2 penting yang lain.

Barorestor menyebabkan jantung berdegup lebih cepat dan kuat. Kajian menunjukkan ubat untuk tekanan darah rendah tidak sebanyak ubat hipertensis. Jadi untuk mengatasinya ia memerlukan pemilihan makanan yang sesuai seperti daging, durian atau menambah sedikit pengambilan garam. Sebaliknya elakkan pengambilan makanan seperti bawang putih, daun bawang, kangkung, labu siam, timun, lobak dan makanan yang boleh menurunkan hipertensi. Untuk aktiviti senaman, anda boleh melakukan senaman aerobik atau senaman ringan. Bagi mereka yang masih muda boleh memilih jenis high impact, sedangkan bagi warga emas lebih baik memilih low impact (hentakan ringan) Boleh juga dengan meluruskan ke2 tangan ke depan, lalu kedua tapak tangan digengam dan dibuka berulang kali. Atau melakukan gerakan membongkok dan berdiri secara berulang-ulang untuk membiasakan jantung. Jika sedang melakukan sebarang aktiviti dan secara tiba2 merasa pening atau pitam, berhenti daripada melakukan aktiviti tersebut, cuba duduk atau baring. Kaki perlu diletakkan lebih tinggi daripada jantung supaya darah mengalir ke tubuh bahagian atas dan mata dijaga tetap terbuka untuk mencegah dari pengsan.

Boleh juga dilakukan urutan perlahan2 dari arah kaki ke betis, ke paha, ke perut dans eterusnya sebagai tindakan awal agar darah mengalir ke kepala, badan lemah, terasa mau pengsan.

Tips Untuk Tekanan Darah Rendah

Asimtomatik kronik ia boleh dikatakan sebagai keadaan normal pada org yang berkaitan. Biasanya tidak berlaku sebarang gejala dan tidak perlu rawatan

Neurally Mediated Hypotension (NMH) Kerana berdiri terlalu lama, anda mungkin merasa pening, merasa hampir pengsan atau sakit perut. Juga boleh terjadi kerana seorang menghadapi keadaan yang menakutkan, menyebalkan atau tidak selesa. Ia biasanya dialami kanak2 remaja

Hipotensi Berat Menyebabkan otak, ginjal dan organ utama lain tidak cukup mendapat darah sehingga tidak boleh berfungsi secara optimum. Keadaan ini memerlukan rawatan doktor secara segera. Infeksi, luka terbakar yang parah, berlaku alergi atau alahan.

Jauhi penyebabnya Perkara2 yang boleh menyebabkan terjadinya tekanan darah rendah adalah

Dehidrasi kerana kurang Minum air, demam, diare, muntah dan lain2

Pengambilan ubat tekanan darah tinggi, ubat jantung, antidepresi, ubat disfungsi ereksi atau ubat untuk parkinson Penggunaan diuretik secara berlebihan

Mengalami anemia, infeksi berat, gangguan jantung, gangguan sistem saraf pusat, gangguan endokrin (termasuk hipotiroid, diabetes dan kadar gula rendah dalam darah)

Terlalu lama berada di bawah sinaran matahari atau suhu panas, kehamilan, terlalu lama berbaring kerana dakit, usia semakin tua.

Hidup dengan Hipotensi
Ramai kalangan orang yang mengalami tekanan darah rendah boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat. Jika anda mengalami hipotensi perlu melakukan perkara2 berikut :

;D Bangun dari duduk dan baring perlahan2
;D Jgn berdiri terlalu lama
;D Jgn terlalu lama berada di bawah sinaran matahari
;D Diet rendah karbohidrat
;D Banyak Minum air Hindari daripada pengambilan alkohol

Maybe pengalaman dari kawan2 dapat membantu saya untuk menaikkan tekanan darah saya ;D