UNTUK KITA KITA AJER

Selasa, 26 November 2024

Bangganya awak sebagai contoh dan tauladan.

Kadang2 terdetik dalam hati, apa punca utama kebohongan. Dalam satu perhubungan memerlukan kepercayaan tapi apa bila kebohongan dalam perhubungan terjadi, bagaimana harus perhubungan itu diteruskan. 

Seberaninya kamu memperlihatkan ketidaksetiaan kamu di hadapan orang ramai, sedangkan bukan mereka tidak mengenali kamu. Itukah contoh terbaik bagi hidup seseorang yg sudah berpasangan.

Lebih menyedihkan sekali, apabila anak2 memerhatikan perilaku kamu. Anak2 sendiri melihat perilaku seorang bapa yang mengusung perempuan lain selain ibunya ke sana sini tanpa segan silu. Allahuakbar di manakah tatasusila seorang bapa dan jadi contoh terbaik buat anak2 kamu.

Kesimpulannya, contoh tauladan bermula dari seorang bapa. Fikir2kanlah..

Sabtu, 23 November 2024

Ahad, 17 November 2024

KAU AKU KITA

Assalamualaikum semua.. Lama kan kita x update ruangan ni, hidup kita sekarang dah bersama org baru.. Alhamdulillah, punya keluarga yg harmoni, pakej ada 7 ank tiri yg sedang membesar. KIta dapat sorang princess taw, Nama nya NUR IMAN FIRDAUS Namanya pun disebabkan sebuah drama bersiri KAU AKU KITA lakonan Shahrul Ridzwan ngn Janna Nick. Nnti kita citer lagi lah.. sb baru dapat balik blog ni, banyak benda nak kena set balik. Mesti korang nak taw apa citer pasa SYGBBYSOKMO kan nanti kita citer lagi

Selasa, 1 September 2015

#SygBbySokmo #HatiMati

Assalamualaikum...

Kembali lagi ke arena blog ni...mmg mcm lama betul x meng'update citer kat sini...
ntah lah...bnyak sgt dugaan kasih sayang dari DIA tuk aq...aq redha. mngkin ada hikmah nya buat aq..

Sesungguhnya aq rasa seperti semakin dekat dengan NYA..walaupun kdg2 aq lupa kpd NYA... tapi kasi sayangNYA  melepasi segalanya...bercerita tentang isi hati...sukar nak digambarkan dengan kata2

Ujian yang membuatkan aq menjadi begitu tabah dan semakin menjadi lokek tentang hak. Tetapi aq relakan seandainya itu yg dimahukan tuk mengantikan keindahan lain buatku...

Poligami - dahulu aq adalah seorang yang tidak amik kisah tentang hal itu...bagi aq x salah bekongsi kasih..hehehe...tu masa ayat sedap keluar ikut mulut...dan apabila terjadi...ia adalah kenyataan yang amat perit untuk didebatkan. Bermadu dengan seorang insan yang berusia lima belas tahun...apa pandangan anda semua? Wajarkah? Tanggungjawabkah? Haruskah? atau Nafsu semata2?

Kata putus buat diri aq...bergegar tiang araysh...ya aq dapat rasakan...apabila itu yg aq minta dan itu jugak yang aq dapatkan... sah talak satu untuk aq..dengan tenang aq terima...kerana aq taw kasih sayang Allah itu luas.

Dan Sayang hadir...menemani setiap masa dan waktu walaupun itu hanya di seberang maya yang luas..kasih bersemi..ikatan janji digenggami...sayang melimpah ruah..walaupun kadangkala terpisah antara samudera luas...di saat hati sama-sama mahu memeterai janji...ujian kasih kami tiba... " maaf baby, mak dah jodohkan sayang dengan wanita pilihan mak...dan sayang tak mampu menolak kerna tidak mahu hati mak terluka..." 

Bagaikan di tolak dari tingkat yang tinggi...jatuh ke bawah dengan kesakitan tetapi masih bernyawa... Ya Allah sesungguhnya pernacangan Mu adalah yang terindah, baru ku tahu sesungguhnya Kau lebih menyanyangi ku berbanding si dia... Aku redha..aq menjauhkan diri..dah anggap semua ini tidak pernah terjadi...tetapi jiwa aq tetap merinduinya...

Aq semakin kuat, tetapi hatiku mati tuk waktu ini...maaf aq tak sempurna...

Hadirnya kamu membuatkan aq bahagia...
Tetapi.....


nukilan samudera...
5.05ptg
1 Sep 2015

Rabu, 5 November 2014