Batu Pahat?
Apa ade kat batu pahat erk?
aku berasal dari BATU PAHAT...jadi ari nie nak kongsi ngn korang pasal apa yang ade kat BATU PAHAT tu....( rindunye kat kg halaman aku tu)
Ok first sekali tuk pengetahuan korang Bandar BATU PAHAT ade ade 9 PEKAN KECIL iaitu RENGIT, YONG PENG, SEMERAH, PARIT SULONG, SERI GADING, PARIT RAJA, AYER HITAM, SENGGARANG dan TONGKAK PECHAH. ( maka aku duk kat PARIT SULONG...)...
Skang aku nak bagi tau korang pasal apa yang menarik kat batu pahat k...
~MONUMEN BATU PAHAT~
first mesti lah monumen BATU PAHAT kan....letak kat dataran BATU PAHAT....tempat nie meriah waktu malam....melepak n merehatkan diri...selain tu..byk gak event yang di buat kat cni....(lau bernasib baik masa korang g c2 la)
~PEKAN BENTENG~ (aku suka tempat nie)...
- Salah satu tempat makan yang terkenal di BATU PAHAT. Antara makanan yang popular kat cni Nasi Beriyani Gam Mat Syah ( terbaik dari ladang lah....hby aku nye pebret....)
~MEE BANDUNG BP~
Ingat muar je ke ade mee bandung best...kat BP pun ade gak tau...aku paling suka mum MEE BANDUNG kat depan hotel Hotel Garden Batu Pahat. MEE RACUN ( nama jer boley wat orang gerun ) kt c2 pun sedap gak...mmg terbaik yang korang patut cuba...
~BP WALK~ (tmpt lepak ngn anak2 n temat aku perabis masa ngn kengkawan)
tempat nie bukak waktu malam je...tak perlu pi bangsar or bukit bintang....kat BP WALK nie pun dah cam kat Bangsar gak...TERBAIK kan....jadi sapa yang pi BATU PAHAT n nk lepak2 time malam leh la korang lepak kat BP WALK. :-)
( tak dpt cr pic waktu mlmnye)
ni waktu siang....lau mlm meriah sakan
~BP WATER PARK~
nie tempat aku selalu gak lah bawak ank2 aku g mandy kat sini...tapi dulu namanye tasik merdeka ( ada gak lah org kata tasik tu berpuaka) tapi skang dah terbaik....best mandi kat cni....tak perlu dah pi Sunway Lagoon...jauh wooo....wakakaka....
~PANTAI PUNGGUR~
PANTAI PUNGGUR ini letaknya di perkampungan desa kat Pekan Senggarang. Pantai nie tak sesuai tuk mandi manda...tapi lau korang nak rehatkan mata....jom la singgah kat cni sambil makan cendol. ( dulu selalu lah leak sini time hby kena duty jge pantai n nelayan kat cini)...
~TASIK Y~
lokasi popular dikalangan penduduk Batu Pahat, taman rekreasi ini akan sibuk bila waktu lewat petang dan hujung minggu. kat cni terdapa tempat permainan kanak-kanak, alatan senaman, kawasan beriadah, pondok istirehat dan sebuah kawasan yang dilengkapi dengan batu refleksi bagi pengunjung menggunakannya, malah ramai juga yang datang untuk berjoging, senam aerobik beramai-ramai dan aktiviti lain. lau korang suka rehat2 ngn suasana tenang leh la korang datang sini....
~ PANTAI MINYAK BEKU ~
merupakan sebuah kampung di Mukim Minyak Beku, Batu Pahat, Johor. Lokasi tepatnya ialah di tepi laut menghadap pantai barat Johor. Pantai Minyak Beku merupakan antara tempat rekreasi yang menjadi pilihan penduduk di sekitar Batu Pahat dan luar dari daerah ini. Walaupun Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, ia amat sesuai untuk aktiviti memancing dan menikmati udara pantainya yang segar. Di sini terdapat sebuah perkampungan nelayan dan juga kuari untuk memproses batu dan pasir. Lagi best sekarang ni kat Pantai Minyak Beku dah ada karaoke weii....jom lah layan jap....
~ PERIGI BATU PAHAT~
terletak di tepi pantai Minyak Beku berhampiran dengan muara sungai Batu Pahat. Perigi ini dikatakan telah dipahat oleh askar-askar Siam semasa melarikan diri setelah tewas dalam peperangan menyerang Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka III (1446-1459). Askar-askar Siam telah dikejar oleh 'Bendahara Tun Perak', Bendahara Melaka dan pengikut-pengikutnya sehingga ke Muar. Semasa sampai di Batu Pahat askar-askar Siam telah memahat batu dikawasan yang mengalirkan air sehingga menjadi sebuah perigi. Selepas itu askar-askar Siam meneruskan perjalanan ke Selatan dan kembali ke Siam melalui Laut Cina Selatan. Nama Daerah Batu Pahat adalah bersempena peristiwa tersebut.
~AYER HITAM~
cukup dikenali ramai kerana keunikan serta kepelbagaian tembikar buatan tempatan mahupun import. Ia merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang amat popular kerana keunikan hasil tembikar yang sungguh menarik hati peminat tembikar di seluruh pelusuk negara. Selain tembikar, Ayer Hitam juga terkenal dengan hasil kraftangan yang pelbagai bentuk seperti beg, tikar, topi dan banyak lagi. lau korang2 yng nak kawin tu...leh la datang cni....byak gila barang yang leh di jadikan hadiah or what ever (tak pandai nak terangkan sbb sng kata kalu nk giler membeli apa jer...meh lah dtg sini...kompom giler mata n kocek dibuatnya...wakaka)..
~SHOPPING COMPLEX~
jgan kata kat BATU PAHAT nie tak banyak shopping complex.....byk gak shopping complex kat batu pahat nie...korang leh pi kat BP MALL, SUMMIT PARADE, CARREFOUR n SQUARE ONE. So korang leh la tengok wayang ke...main bowling or membelih belah sakan k....
salah satu shopping complex kat BP
DAN BANYAK LAGI TMPT MENARIK YANG AKU TAK TULIS KAT SINI SBB TANGAN AKU DAH LENGGUH....
maka di BATU PAHAT ini sebenarnye banyak tempat menarik yang korang leh kunjungi k.... :-)
Lain Kali aku citer asal kampung aku PARIT SULONG lak k...
MOOD ARI NI :
RINDU KAT KG HALAMAN AKU!!!!
MAU PULANG.....TAPI....
~zue69garcia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan