Apakah risisko-risisko apendisektomi? Seperti sebarang pembedahan, risiko yang dikaitkan dengan apendisektomi termasuk:
- pendarahan
- jangkitan
- reaksi kepada ubat-ubatan
Apakah komplikasi-komplikasi apendisektomi?
Komplikasi apendisektomi yang paling lazim ialah jangkitan pada luka. Jangkitan seperti ini berbeza daripada jangkitan luaran yang hanya memerlukan pembalutan luka setiap hari; kepada jangkitan dalaman yang memerlukan pembedahan.
Satu lagi komplikasi ialah abses, pengumpulan nanah di kawasan apendiks. Ini memerlukan pengeluaran abses tersebut. Komplikasi ketiga ialah usus yang terhalang. Ini menyebabkan usu berisi cecair dan gas. Apabila ini berlaku, ia mungkin perlu untuk mengeluarkan kandungan usus melalui tiub yang dimasukkan melalui hidung dan esofagus, dan ke dalam perut. Di dalam kebanyakan kes, keadaan ini dapat diselesaikan secara spontan. Sekali-sekala, satu lagi pembedahan mungkin diperlukan untuk membebaskan halangan tersebut Apa yang berlaku jika apendiks yang radang tidak dibuang?
Apendisitis yang teruk boleh mengakibatkan apendiks pecah (penembusan) dan jangkitan boleh merebak ke seluruh ruang abdomen (peritonitis). Apendisitis yang teruk jika tidak dirawat boleh membawa maut.
Apa yang berlaku jika apendiks ditemui berkeadaan biasa semasa pembedahan?
Sekali-sekala. Seorang pesakit menjalani pembedahan dengan diagnosis apendisitis yang teruk tetapi apendiksnya didapati berkeadan biasa. Sejarah klinikal, pemeriksaan fisikal dan hasil ujian makmal menunjukkan apendisitis yang teruk dan pakar bedah yakin akan kehadiran apendisitis yang teruk. Walau bagaimanapun, apabila pembedahan dilakukan, apendiks didapati berkeadaan biasa. Di dalam situasi ini, pakar bedah mesti menimbangkan dan mencari sebab-sebab lain bagi masalah pesakit yang boleh menyerupai apendisitis. Walaupun apendiks didapati berkeadaan biasa, ia biasanya dibuang untuk mencegah apendisitis pada masa akan datang.
Bila saya boleh memandu kereta?
Anda boleh mula memandu semula apabila anda boleh menekan pedal kaki tanpa menyebabkan kesakitan yang amat sangat atau apabila anda tidak memerlukan ubat melega kesakitan yang membuat anda mengantuk.
Bila saya boleh memulakan kerja?
Kebanyakan pesakit mengambil sehingga 14 hari bekerja untuk pulih selepas apendisektomi. Pesakit, yang mana tugas mereka memerlukan kerja berat atau kerap mengangkat barang, mungkin perlu berehat lebih lama. Rujuk kepada pakar bedah anda untuk arahan khusus.
Bila saya perlu berjumpa doktor?
Rujuk kepada doktor anda jika sebarang perkara berikut berlaku:
- suhu badan melebihi 38C
- berdarah atau pengeluaran cecair daripada insisi
- luka yang bertambah nyeri atau sakit
- kemerahan atau bengkak yang ketara di tempat insisi, atau
- loya, muntah-muntah, ceret-beret atau sembelit yang berterusan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan