UNTUK KITA KITA AJER

Ahad, 19 Disember 2010

KRING.....MALAM PERTAMA

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya

berkampung disini. Gelak

ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin

isteriku ke dalam bilik

pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang

menegurku. Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur? sapa Pak

Ucu. Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat

kepala tu. sahut Pak Tam

disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan

diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00

malam. Hadiah yang masih

belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup.

Merebah diri ke katil

pengantin, aku menoleh ke arah isteriku. Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar

tu. Isteriku hanya

mengangguk tanda setuju. Entah pukul berapa

sekarang, aku pun tidak tahu.

Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda

sanak saudaraku telah

pulang dan keluargaku telah tidur. Jari jemariku

lembut membelai rambutnya.

Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu

membisikkan….Assalammualaikum! ke telinganya untuk menguji

isteriku. Wa alaikummussalam. Rupanya isteriku masih belum

tidur. Ku kucup pipi

halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak

harumnya menusuk deria

bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami

malam ini. Jari-jemari

ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat

dikawal lagi, namun…

Kringggggg…..

Tik.. tik.. tik.. tik…

Kring.. kring.. kring..

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi

ruang bilikku. Terkejut

dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka

lampu. Serentak itu, terang

benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah

berjaya membangunkan semua

orang di rumahku. Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi

itu. Mataku terarah ke

sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka

dengan pantas dan di

dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping

kad berbunyi… Selamat

Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2

pagi. Jangan maree.. kami

potong stim. .

Dalam hatiku.. cilako punya kengkawan. Potong stim

betullah.

Tiada ulasan: